Kerajaan sementara Malaysia

Kerajaan sementara Malaysia merujuk kepada dalam istilah politik dan terminologi perlembagaan Malaysia iaitu, kerajaan sementara yang mentadbir Malaysia dalam tempoh yang bermula selepas Dewan Rakyat Malaysia dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum pilihan raya umum, dan berlanjutan untuk jangka waktu setelah pilihan raya, hingga berikutnya, Kabinet Malaysia dibentuk. Sebuah kerajaan sementara perlu meneruskan segala dasar dan konvensyen yang telah dibuat dan ditadbir oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia walaupun tiada peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia untuk berbuat demikian.Seorang Perdana Menteri Malaysia yang kehilangan sokongan majoriti daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia,[1] perlu meletakkan jawatan atau menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat Malaysia bagi mengadakan pilihan raya umum. Sekiranya pilihan raya tidak dapat dijalankan seperti yang telah berlaku semasa Kemelut politik Malaysia 2020–21 dan Pandemik COVID-19 di Malaysia, Perdana Menteri Malaysia yang telah meletakkan jawatan,[2] akan dilantik semula sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab ke atas semua jabatan di peringkat Persekutuan Malaysia sehingga Menteri baharu dilantik.